Aplikasi Socrative yang so creative!



PENGENALAN 

        Penggunaan gajet dan teknologi ICT kini dilihat sangat relevan dalam proses pembelajaran dan pemudah cara (PdPc). Kita perlu sedar bahawa anak-anak zaman ini tidak sama dengan zaman dahulu. Anak-anak yang lahir dalam era digital kini lebih terdedah dengan kepesatan dan kepantasan teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya memanfaatkan teknologi ICT yang ada ini untuk kebaikan bersama tidak kira dalam dunia pendidikan mahupun bidang lain.

        Kini terdapat pelbagai aplikasi ICT yang membantu memudahkan tugas seharian warga pendidik dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Maka entri pada kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya menggunakan aplikasi Socrative. Saya mendapat idea untuk menggunakan aplikasi ini daripada salah seorang guru di MRSM TGS ini juga. Disebabkan Kahoot dan Quizizz selalu digunakan di dalam kelas, maka rakan saya mencadangkan aplikasi ini untuk diaplikasikan di dalam kelas. Untuk pengetahuan semua, aplikasi Socrative ini boleh diakses pada komputer, telefon bimbit dan di tablet. Tapi perlu diingatkan, capaian internet haruslah mantap, barulah seronok bermain permainan atas talian ini tanpa sebarang gangguan.

        Saya menggunakan aplikasi ini selepas tamat sesi perbincangan topik pembelajaran. Aplikasi Socrative ini digunakan bertujuan untuk menilai pemahaman pelajar mengenai topik yang sudah diajar. Video pendek di bawah menunjukkan isi kandungan aplikasi tersebut.



       Ini merupakan kali pertama saya menggunakan aplikasi Socrative di dalam kelas. Apa yang saya lihat, ianya sangat menarik dari segi mendapatkan maklum balas pelajar tentang topik pembelajaran di dalam kelas (Exit Ticket feature). Sebagai contoh, mungkin ada dalam kalangan pelajar yang agak malu untuk bercakap di dalam kelas. Maka aplikasi ini membolehkan pelajar untuk menulis maklum balas mereka secara bertaip tanpa perlu bercakap secara berdepan dengan saya. Alaa macam tulis surat, luahkan apa yang kita mahu. Haa begitu.
Maklumbalas pelajar tentang topik pembelajaran pada hari ini

      Antara ciri paling menarik tentang Socrative ini ialah bagi setiap kuiz yang dijalankan secara langsung, saya dapat melihat keputusan pelajar dengan segera. Tambahan pula, laporan juga disediakan dan boleh dimuat turun atau diemelkan kepada saya sebagai rekod simpanan untuk mengenal pasti kelemahan para pelajar saya di dalam kelas. Jadi saya boleh melihat kembali dan melakukan penambahbaikan mutu pengajaran saya pada kelas yang akan datang.
Carta markah pelajar

      Kesimpulannya, aplikasi Socrative ini mudah digunakan oleh guru dan juga para pelajar. Guru dan pelajar tidak perlu untuk memuat turun aplikasi ini terlebih dahulu. Para pendidik yang pertama kali nak mencuba menggunakan aplikasi ini boleh akses terus dengan melayari laman web ini dan pelajar hanya perlu akses terus di link yang diberikan. Okay setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai aplikasi Socrative. Jadi, marilah kita gunakan aplikasi Socrative yang so creative ini!

Comments

  1. Macamana kita nak dptkan apps ni?
    Sy cdgkan cikgu buat tutarial untuk prog ni, sy kurang jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu boleh tekan link yang diberi untuk maklumat lanjut. tutorial? insha allah tunggu entri yang akan datang saya cerita berkenaan cara menggunakan aplikasi ini dengan lebih details yaaa.

      Delete
  2. Casino 2021 Reviews: Casinos, Bars & Restaurants
    Casino. 경주 출장마사지 Las Vegas, Nevada. 진주 출장마사지 Las Vegas, Nevada. 양주 출장샵 3131 Las Vegas Blvd South Las Vegas, NV 89109. Rating: 춘천 출장안마 3.8 · ‎42 춘천 출장샵 reviews

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Borang maklumbalas atas talian kan ada. Buat apa susah-susah nak print...

Quizizz dalam Pengajaran & Pembelajaran