Quizizz dalam Pengajaran & Pembelajaran


PENGENALAN

      Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) merupakan pendidikan yang menitikberatkan pelajar yang aktif dalam pembelajaran. Dalam PAK-21, guru bertindak sebagai fasilitator sahaja. PAK-21 lebih berpusatkan pelajar dalam setiap sesi pembelajaran. Jika dahulu guru mengajar menggunakan papan putih dan pen marker sahaja, sekarang hampir setiap kelas dibekalkan dengan LCD bagi memudahkan dan mewarnai pengisian kelas dengan aktiviti yang lebih menarik. 

      Sebagai Guru Media dan Perpustakaan, saya mengajar subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Subjek Sivik ni belajar ape ye? Macam-macam topik diajar tapi lebih kepada nilai-nilai murni dan prinsip moral yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Yang paling penting, saya suka menguji pelajar dengan isu-isu semasa yang berlaku di negara kita. Saja nak tengok mereka cakna atau tidak dengan isu semasa. 

      Mengajar, mengajar juga. Untuk menguji kefahaman pelajar tentang topik yang sudah diajar, saya menggunakan aplikasi Quizizz. Aplikasi atas talian ini sangat mudah digunakan. Tambahan pula, pelajar-pelajar di MRSM ini sudah biasa menggunakan aplikasi ini. Quizizz membantu menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam menjawab soalan yang diberikan berbanding cara lama yang digunakan iaitu guru memanggil nama pelajar untuk menjawab soalan di hadapan. Bagaimana cara nak guna aplikasi ini? Boleh tengok dalam video yang dikongsi di bawah ini ya. 


      Quizizz ini boleh diibaratkan seperti bermain online game, siapa hebat dia menang. Apabila saya tekan sahaja butang mula, pelajar masing-masing fokus dengan iPad mereka untuk menjawab soalan yang diberikan. Tiada masa langsung untuk berbincang. Di sini saya dapat lihat semangat juang yang tinggi dalam kalangan pelajar saya walaupun hanya bermain kuiz sahaja! 

      Apa yang menariknya mengenai aplikasi Quizizz ini ialah ia membantu menghasilkan data mengenai ranking pelajar yang dapat menjawab soalan dengan baik sehinggalah yang mendapat keputusan yang terendah. Selain daripada itu, ia juga memaparkan data untuk setiap soalan yang telah dijawab

Carta kedudukan pelajar yang berjaya menjawab soalan yang diberikan

       Sebagai contoh, gambar dibawah menunjukkan senarai soalan yang boleh dijawab dan soalan yang tidak dapat dijawab oleh pelajar. Ia juga menunjukkan analisis peratusan soalan yang dapat dijawab oleh pelajar. Dari sini saya boleh mengenalpasti kelemahan pelajar dan mengadakan intervensi terus tentang soalan yang tidak dapat dijawab oleh mereka. Melalui aplikasi ini juga, saya boleh mendapatkan analisis markah yang telah dikeluarkan selepas pelajar menjawab soalan-soalan yang diberikan. Menarik bukan?

Paparan markah Quizizz

Analisis markah pelajar 
       Kesimpulannya, aplikasi Quizizz sangat membantu saya dalam mengenalpasti tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sememangnya, aplikasi ini menarik dan sangat membantu guru- guru dalam merangka suasana pembelajaran yang kreatif danmeriah. Jadi setakat ini dahulu penceritaan tentang pengalaman saya menggunakan Quizizz di dalam kelas. Teruskan membaca entri di blog. Kita jumpa di entri yang lain pula yaa. Stay tuned! Jumpa lagi sahabat-sahabat semua.

Comments

  1. Yg ni mmg win.. Pelajar mmg seronok, dan pelajar boleh memperbaiki kesilapan untuk mendptkan markah penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul. aktiviti yang sangat menarik minat pelajar.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Borang maklumbalas atas talian kan ada. Buat apa susah-susah nak print...

Aplikasi Socrative yang so creative!