Borang maklumbalas atas talian kan ada. Buat apa susah-susah nak print...


PENGENALAN

      Google Forms adalah salah satu aplikasi yang disertakan bersama Google DriveGoogle Forms adalah borang maya yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat tertentu, dikumpul dari responden yang telah ditetapkan. Contohnya apabila pengguna berkehendakkan maklumat berkenaan dengan maklumat peribadi responden. Google Forms mudah diwujudkan dan disebar luaskan menggunakan peranti dan gajet terkini. Responden boleh memasukkan maklumat yang dikehendaki dan menghantar kepada pengguna dengan hanya menggunakan peranti telefon pintar dan tablet.

PROGRAM LIBRARY ATTACK MRSM TUN GHAZALI SHAFIE DENGAN KERJASAMA PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

      Pada September 2019 yang lepas, Pusat Sumber MRSM TGS telah mengadakan program yang julung kali diadakan di MRSM Tun Ghazali Shafie iaitu Program "Library Attack" dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang koleksi-koleksi yang terdapat di perpustakaan, penerapan kemahiran literasi maklumat di samping menjalankan aktiviti-aktiviti menarik bersama pelajar. 





      Alhamdulillah aktiviti berjalan lancar. Rata-rata pelajar memberikan maklum balas yang positif tentang program yang dijalankan. Tapi bagaimana kita nak ukur keberkesanan sesuatu program yang telah dijalankan? Bagi menilai keberkesanan sesuatu program, borang maklumbalas diberikan kepada pelajar. Yaa kita mahukan jawapan mereka, mereka suka ke tidak, penambahbaikan apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. Kalau dulu-dulu, kita dapat borang/ kertas, isi lepas tu kutip. Dah makan masa nak mengira satu per satu. Mengapa perlu membazir kertas sedangkan maklumat hanya di hujung jari sahaja! Ya, terdapat aplikasi yang sangat mudah dan mesra pengguna/ pelajar. Pelajar hanya perlu mempunyai Google akaun untuk mengakses aplikasi yang dikenali sebagai Google Forms. Gambar di bawah ini merupakan contoh borang maklum balas atas talian. 

Muka hadapan dan contoh soalan dalam Google Forms
      Dunia di hujung jari, maklumat mudah didapati. Sudah tidak perlu bersusah payah untuk cetak borang dan edarkan satu persatu kepada para pelajar. Setelah selesai membuat soalan di Google Forms, saya mengedarkan borang maklumbalas ini dengan menggunakan Kod QR (QR Code). Haaa pernahkah anda mendengar istilah ini? Bagi yang mengikuti perkembangan teknologi, sudah pasti anda tahu apa itu Kod QR. QR adalah singkatan untuk Quick Response (istilah bahasa melayunya ialah respon maklumbalas yang pantas). Kalau kita selalu melihat Barcode yang biasa dipaparkan di produk-produk tertentu, Kod QR adalah seperti gambar dibawah ini.

Google Form QR Code

      Dengan menggunakan aplikasi tertentu di telefon bimbit, pelajar dapat mengimbas kod QR tersebut dan mendapat respon tertentu. Untuk gambar di atas, sekiranya anda mengimbas kod tersebut pada telefon bimbit anda dengan menggunakan aplikasi seperti Barcode Scanner, anda akan mendapat notifikasi untuk membuka link yang diberi tanpa perlu menaip URL yang panjang itu. Untuk makluman, sesetengah telefon bimbit tak perlu aplikasi Barcode Scanner pun. Pengguna buka kamera telefon mereka dan ia akan fokus kepada kod QR tersebut dan membawa pengguna ke url yang diberikan. Mudah bukan? Haaa dah buka tu boleh lah jawab. Jangan tengok aje :D

Apa yang bestnya Google Forms ni? Haa mai sini nak share. Selain daripada buat borang atas talian, aplikasi Google Forms berfungsi bagi memberi kelebihan kepada kita dalam mengurus data serta berinteraksi dengan responden kita sendiri.  Beberapa perkara yang boleh dibuat menggunakan Google Forms adalah seperti berikut:
  • Mengumpulkan maklumat pengguna.
  • Membina borang undian.
  • Menguruskan kehadiran.
  • Mengumpulkan hasil dapatan responden kajian.
  • Menghasilkan analisis dapatan data, instrumen atau soal selidik.
  • Menghasilkan soalan penilaian dan pentaksiran.
      Terdapat banyak lagi aplikasi yang boleh digunakan sebagai borang maya. Google Forms hanya salah satu darinya. Google Forms boleh dibina secara percuma dan berfungsi bersama komponen-komponen Google yang lain seperti Gmail, Google Drive dan sebagainya. Gambar di bawah menunjukkan contoh Google Forms yang direka dan statistik pengguna yang telah menjawab soalan di dalam Google Forms tersebut. 

Statistik responden yang telah menjawab soalan yang diberikan

Ruangan maklum balas responden dapat membantu dalam merangka aktiviti yang lebih baik
      Jadi, setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai penggunaan Google Forms dalam mengumpul maklumbalas/ kepuasan pelajar mengenai program yang telah dijalankan. Rakan di luar sana boleh cuba guna aplikasi ini dan jangan lupa, generate QR Code untuk diedarkan kepada responden ye. Baru nampak woww gitu. Baiklah, jumpa di entri yang lain pula. Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih. Assalamualaikum.

Comments

  1. Saya setuju kerana ia boleh membantu saya mendapatkan undian, maklum balas dan kajian sebelum semasa dan selepas program. memudahkan seronok, keputusan akan dipindah ke prog excel, yg memudahkan saya menyusun abjad a-z dan bilangan kecil kepada besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa betul. Banyak kegunaan google form ni sebenarnya. Terima kasih sudi berkongsi maklumat dengan saya ๐Ÿ˜Š

      Delete
  2. Goyang Casino Resort: A Look Inside the Microgaming
    A gaming casino is the mgm ๋ฐ”์นด๋ผ ultimate ํ•ด์™ธ๋ฐฐํŒ…์—…์ฒด destination ์—…์†Œ ์ถ”์ฒœ for gaming at Goyang Casino Resort. It is located in the ํ•ด์ถ• ๋ณด๋Š” ๊ณณ heart of the Great ํ•ด์™ธ ํ† ํ†  Northern Sky

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Quizizz dalam Pengajaran & Pembelajaran

Aplikasi Socrative yang so creative!